Sorting by

×

PEDi Chabau lahirkan 40 usahawan kampung

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

JASIN 12 Mei – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chabau berjaya melahirkan 40 usahawan kampung yang kini aktif membekalkan produk makanan ke seluruh Negeri Melaka.

Pengurus PEDi Kampung Chabau, Nurul Syahirah Zulpikri berkata, hasil bimbingan, latihan dan promosi termasuk menggunakan platform digital serta media sosial, pasaran produk usahawan terbabit semakin berkembang.

Nurul Syahirah berkata, dengan hanya membayar yuran seumur hidup RM5, ahli PEDi boleh menikmati pelbagai perkhidmatan percuma yang disediakan pusat itu.

photo1683879427
RUANG dalaman di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chabau, Jasin. Foto MR AZLI

“Kami melatih, mendidik dan memberikan pendedahan kepada usahawan mengenai perniagaan secara dalam talian menerusi Shopee selain Facebook bagi media sosial.

“Kaedah ini banyak membantu usahawan sudah berusia dalam memasarkan produk masing-masing. Ada antara usahawan ini sudah berjaya memasarkan produk mereka ke luar Melaka, contohnya kuih rose (kuih loyang).

photo1683879529
NURUL SYAHIRAH

“Alhamdulillah produk usahawan ini mendapat tempahan pelanggan dari Kuala Lumpur dan Johor,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di PEDi Kampung Chabau, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi merancakkan lagi jualan usahawan PEDi Chabau juga kerap melakukan promosi produk menerusi Facebook ‘live’.

photo1683879849
ANTARA produk usahawan PEDi Chabau yang dipamerkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chabau, Jasin. Foto MR AZLI

Menurutnya promosi secara langsung di platform media sosial itu bertujuan untuk membantu usahawan yang masih kurang yakin untuk memasarkan produk mereka.

PEDi Kampung Chabau beroperasi setiap hari kecuali cuti umum dan waktu operasi adalah setiap jam 9 pagi sehingga 6 petang.

 

photo1683879715
ANTARA produk usahawan PEDi Chabau yang dipamerkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chabau, Jasin. Foto MR AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2254
Kongsi :
Previous post Sasar 92 peratus peningkatan prestasi perbelanjaan pembangunan 2023 – KM
Next post Mudir, warden disyaki lakukan amang seksual, dera pelajar tahfiz
Ubah saiz-+=