Sorting by

×

Majlis Anugerah Pembangunan Negeri penanda aras kecemerlangan jabatan dan agensi kerajaan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

BANDA HILIR 12 Mei – Melaka menjadi negeri tunggal di negara ini yang melaksanakan kajian penilaian ‘outcome’ bagi menghargai inisiatif jabatan dan agensi menerusi Majlis Anugerah Pembangunan Negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik penganjuran kali kedua Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik Negeri Melaka serta Anugerah Kajian Penilaian Outcome Peringkat Negeri Melaka yang diadakan secara dwi tahunan.

Katanya, penganjuran majlis itu mampu memberi impak positif dan sebagai penanda aras dalam memberi pengiktirafan kepada jabatan atau agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan, reka bentuk serta pembinaan projek yang cemerlang.

“Penganugerahan ini dapat menyuntik semangat kepada semua warga kerja untuk terus berkhidmat dengan lebih berdedikasi dan penuh iltizam, ‘bekerja untuk rakyat’.

“Saya juga berharap anugerah ini menjadi pemangkin kecemerlangan kepada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka agar selepas ini kita dapat bekerja lebih keras, memacu pembangunan negeri ke peringkat nasional mahupun antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik Negeri Melaka serta Anugerah Kajian Penilaian Outcome Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di sebuah hote, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari dan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Noordin, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Low Chee Leong.

Ab Rauf berkata, apa yang membanggakan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berjaya menyiapkan pelbagai projek serta program pembangunan mengikut perancangan meskipun ketika pendemik COVID-19.

“Kita juga berjaya mencapai sasaran 15 dalam 1 mengikut amalan terbaik, sebagai contoh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang berjaya menyiapkan Projek Pembinaan Jalan Persimpangan Bemban, Gapam, seawal 75 hari dari tarikh siap sebenar.

“Lebih membanggakan, Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM284,717.64,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1297
Kongsi :
Previous post PDTAG juara keseluruhan Anugerah Pengurusan Projek Terbaik Tahun 2022
Next post Jual Hermes harga ‘Rahmah’, empat pemilik premis ditahan
Ubah saiz-+=