Sorting by

×

Jual Hermes harga ‘Rahmah’, empat pemilik premis ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PAYA RUMPUT 12 Mei – Padah menjual kasut berjenama mewah tiruan, empat premis di kawasan tumpuan pelancong di Banda Hilir, di sini, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), semalam.

Premis terbabit dikatakan cuba menarik perhatian pelancong apabila menjual kasut ‘mewah’ dengan harga serendah RM90.

Pengrah KPDN negeri Norena Jaafar berkata, serbuan itu dilakukan pihaknya susulan laporan diterima daripada pemilik cap dagang yang mengesyaki barangan tiruan miliknya diniagakan di premis terbabit.

Beliau berkata, susulan daripada itu penguatkuasa KPDN melakukan serbuan keatas empat premis terbabit.

“Hasil serbuan itu, kita berjaya merampas 32 pasang kasut, 24 pasang selipar dan 13 tali pinggang jenama Hermes yang kesemuanya bernilai kira-kira RM3,224,” katanya pada sidang media di Stor Eksibit Krubong, di sini, hari ini.

Menurutnya, selain rampasan pihaknya turut menahan empat individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan.

“Mereka ini pemilik premis berusia antara 30 hingga 50 tahun dan ditahan untuk membantu kita melengkapkan siasatan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya.

Sementara itu, Norena turut mengingatkan kepada kumpulan peniaga di negeri ini untuk tidak mengambil kesempatan dengan menjual produk tiruan berjenama terkenal khususnya di kawasan tumpuan.

“Ini kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang sebaliknya mencemarkan imej Melaka sebagai negeri pelancongan terkenal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1545
Kongsi :
Previous post Majlis Anugerah Pembangunan Negeri penanda aras kecemerlangan jabatan dan agensi kerajaan – KM
Next post Sasar 92 peratus peningkatan prestasi perbelanjaan pembangunan 2023 – KM
Ubah saiz-+=