
Ziarah kasih ukir senyuman
MASJID TANAH 25 Okt. – Jelas kelihatan senyuman di wajah Siti Robiah Enchik sebaik menerima kehadiran rombongan Ziarah Kasih Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali ke rumahnya hari ini.
Siti Robiah, 56, yang menghidap penyakit buah pinggang kini hanya menghabiskan masa seharian di kediamannya di Kampung Air Hitam Darat, di sini.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, urusan hariannya kini dibantu adik lelakinya kerana tidak sekuat sebelum ini memandangkan dia terpaksa berjauhan dengan suami dan anak susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
“Sekarang ini saya tidak seperti dulu, walaupun boleh berjalan tetapi tidak larat untuk lakukan kerja rumah.
“Alhamdulillah, gembira rasanya apabila ketua menteri bersama speaker sudi datang melawat serta menyampaikan sumbangan,” katanya.
Hadir sama pada ziarah kasih itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Datuk Wira Latipah Omar.
Selain, Siti Robiah, Sulaiman turut meluangkankan masa melawat dan bertanya khabar tiga lagi penduduk serta turut menyampaikan sumbangan.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...