
Hampir 7,000 pengunjung hadiri Rumah Terbuka Dun Ayer Molek
AYER MOLEK 4 Mei – Tarian tradisional si cilik menyerikan Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek bertempat di Japerun Ayer Molek, di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata majlis tersebut turut menyajikan lebih 20 juadah hari raya termasuk menu tradisional Jawa seperti lemang Jawa, kuah lodeh dan sambal Jawa.
“Kehadiran seawal jam 12 tengah hari tadi dan bertepatan cuti umum hari ini orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang singgah ke rumah terbuka ini.
“Dijangka hampir 7,000 penduduk sekitar Ayer Molek akan singgah ke majlis ini,” katanya
Majlis dari jam 2 hingga 6 petang itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...