
PPDK perlu aktif bantu anak-anak istimewa
JASIN 4 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mahu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di negeri ini bergerak aktif dalam memerikan latihan kepada anak-anak istimewa.
Beliau berkata PPDK merupakan strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).
Katanya, program itu perlu dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian.
“Program ini dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di pusat PDK atau di rumah, hari ini saya dilantik sebagai penaung bagi PPDK Nur Hidayah.
“Insya-Allah saya akan terus memastikan PPDK terus bergerak aktif dalam membantu golongan istimewa ini,” katanya selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri di Rumah PPDK Nur Hidayah Daerah Jasin di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN MPV, LORI DI BINTULU
BINTULU 11 Mac - Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga...
POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH DI BUKIT MERTAJAM
BUKIT MERTAJAM 11 Mac - Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok...
TAK MAHU BELI BAJU RAYA, PETANDA AISAR AZIM AKAN PERGI SELAMANYA – KELUARGA
SEREMBAN, 11 Mac - Permintaan untuk tidak membeli baju raya tahun ini menjadi petanda pemergian seorang remaja, Aisar Azim Abdullah,...
CUMA 20 PERATUS PEGAWAI, ANGGOTA BOMBA MELAKA DIBENARKAN CUTI RAYA
JASIN 10 Mac - Hanya 20 peratus daripada keseluruhan 496 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
REZEKI ORANG DUYONG KIAN MELIMPAH
BANDARAYA MELAKA 11 Mac - Pelbagai program berbentuk keagamaan dan kerohanian yang memberikan manfaat kepada penduduk, khusus golongan kurang berkemampuan...
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...