KM ‘sporting’ sapa seteru politik di Banda Hilir
BANDA HILIR 24 Okt. – Berbeza fahaman politik bukanlah penghalang buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali meluangkan masa beramah mesra dengan seteru politik dari PKR, yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Pertemuan secara spontan itu berlaku ketika Sulaiman sedang mengadakan lawatan ke rumah pesakit yang dijangkiti demam denggi di Jalan Temenggong sebelum terlihat kelibat Shamsul Iskandar sedang bersarapan bersama keluarga di sebuah restoran di Banda Hilir.
Dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira lima minit itu, Sulaiman sempat bertanya khabar dan berbicara mengenai isu-isu semasa.
Usai pertemuan itu, Sulaiman meneruskan program lawatannya ke beberapa tempat lagi di Banda Hilir yang memerlukan peruntukan untuk baik pulih longkang dan bangunan.
Views:
Related
Berita Lain
TANDAS AWAM ELEGAN DI WATERFRONT JASIN
JASIN 15 November - Tandas Awam (BMW) Selera Waterfront Bandar Jasin kini berwajah baharu berkonsepkan warna hitam dan keemasan selepas...
MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
AYER KEROH 15 November - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menyediakan platform bergambar di beberapa lokasi...
UPTOWN PAYA RUMPUT LAIN DARI YANG LAIN
PAYA RUMPUT 15 November - Uptown Paya Rumput yang akan dibangunkan di perkarangan Stadium Hang Jebat akan menampilkan kelainan dengan...
NGO JADI SALURAN HEBAHAN AGENDA PEMBANGUNAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 November - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka perlu lebih efektif dan menjadi satu bentuk saluran...
SENTUHAN KASIH 562 CALON SPM, STPM MELAKA
ALOR GAJAH 15 November - Seramai 562 pelajar sekolah di negeri ini diraikan menerusi Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka...
KERANA KASIHNYA IBU…
TABOH NANING 14 November - Meskipun berdepan ujian dalam hidup namun semua itu langsung tidak mematah semangat Rohaya Abu Samah...