Sorting by

×

Melaka negeri mesra pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR 30 April – Harga makanan dan penginapan yang dianggap berpatutan menjadikan Melaka sebagai destinasi mesra pelancong selain pilihan utama dalam kalangan pelawat domestik serta asing.

Pelancong dari Klang, Selangor Ahmad Razak, 65, berkata, lokasi Melaka yang strategik, banyak lokasi menarik untuk dilawati dan masa pemanduan yang tidak terlalu lama juga menjadi faktor dia memilih untuk bercuti di negeri ini.

Meskipun pernah beberapa kali ke Melaka namun bagi percutian kali ini, Ahmad bersama keluarga sekali lagi memilih untuk menghabiskan masa di negeri Hang Tuah ini.

“Kami pilih untuk bermalam di Melaka kerana banyak aktiviti yang dirancang termasuk mencari tempat makanan menarik dan paling istimewa saya mahu bawa cucu bersiar-siar dengan menaiki Melaka River Cruise.

“Apa yang menarik di Melaka ini harga penginapan dan makanan juga berpatutan. Tidak salah kalau saya kata Melaka adalah negeri mesra pelancong,” katanya ketika ditemui di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi pelancong asing dari Perancis, Thomas, 30, berkata, keunikan lokasi bersejarah dan kepelbagaian makanan menyebabkan dia bersama rakan untuk menghabiskan masa selama dua hari ni Melaka.

“Saya dan rakan tiba di Melaka semalam dan kami terus ke Jonker Walk untuk merasai kemeriahan di sana, selain itu kami juga tertarik dengan seni reka rumah ibadat seperti masjid dan gereja ada sekitar bandar ini.

“Malah saya juga berkesempatan menjamah masakan Baba Nyonya, ia amat enak selain apa yang menarik saya juga berpeluang menikmati rendang daging,” katanya.

Sementara itu Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati kawasan tumpuan seperti Bangunan Stadthuys, Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise penuh dengan pelancong yang mengambil peluang menghabiskan cuti hujung minggu dan cuti Hari Pekerja, 1 Mei, esok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1247
Kongsi :
Previous post Atasi isu banjir air masin di laluan Jambatan Kuala Linggi
Next post Keputusan pembahagian kerusi PRN ditentukan selepas DUN dibubar – Mohamad
Ubah saiz-+=