Sorting by

×

Lebih 20,000 ‘serbu’ Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 29 April – Lebih 20,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Majlis yang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang itu menyajikan lebih 70 juadah hari raya buat pengunjung yang hadir.

Kesemua juadah yang disajikan mewakili jabatan, agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri termasuk Melaka hari Ini (MHI) yang membuka gerai Roti Canai Hari Ini, Menara Taming Sari (MTS) menyajikan kambing golek dan pelbagai lagi juadah Aidilfitri turut tersedia.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi di pintu masuk MITC meskipun majlis tersebut bermula jam 10 pagi.

photo1682742868
APAM Balik antara juadah yang dihidangkan kepada tetamu. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz.

Hadir sama barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), ketua-ketua jabatan dan agensi serta kenamaan lain.

Menariknya, selain dijamukan juadah yang enak, semua pengunjung yang hadir turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Tun Seri Setia Mohd Ali, Ab Rauf dan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan, antaranya Amir Ukays, Ameng Spring, Datuk Aishah dan Siti Nordiana.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4539
Kongsi :
Previous post Belum ada kes strok haba di Melaka
Next post Pelbagai kaum hadiri Rumah Terbuka Aidilfiri Kerajaan Negeri
Ubah saiz-+=