Baik pulih bumbung rosak di Pasar Besar MBMB siap minggu depan – Exco Kanan

Masa Membaca:53 Saat

PENGKALAN BATU 27 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan membuat kerja pembaikan segera bumbung rosak di Pasar Besar MBMB, Jalan Tun Fatimah, Bachang di sini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata kerja-kerja pembaikan tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada 2 Mei ini.

Katanya, MBMB telah mengambil inisiatif meletakkan bumbung sementara jenis ‘metal deck’ bagi bumbung yang terlibat dengan kerosakan.

“Anggaran pembaikan bumbung di pasar ini hampir mencecah RM100,000.

“Kerja-kerja pembaikan akan dilakukan segera bagi tujuan keselamatan dan keselesaan pengunjung serta peniaga dengan penggantian bumbung jenis lutsinar atau ‘transparent polycarbonate’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan ke Pasar Besar MBMB, Jalan Tun Fatimah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut Rais berkata, mengenai bumbung gantian lutsinar itu, terdapat beberapa peniaga tidak bersetuju dan mahukan bumbung metal.

“Bagaimanapun pihak MBMB akan melihat kembali bumbung yang bersesuaian untuk keselesaan semua 340 peniaga di pasar tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1429
Kongsi :
Previous post Paras air di tiga empangan di Melaka terkawal
Next post PLUS aktifkan laluan ‘SmartLane’ untuk bantu lancarkan aliran trafik selepas cuti raya
Ubah saiz-+=