Paras air di tiga empangan di Melaka terkawal

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BUKIT KATIL 27 April – Paras air di semua empangan di Melaka masih dalam keadaan terkawal meskipun cuaca panas selain taburan hujan yang berkurangan sejak awal bulan ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, paras air di ketiga-tiga empangan iaitu Empangan Durian Tunggal di daerah Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan di daerah Jasin merekodkan antara 98 hingga 100 peratus.

Katanya, setakat ini Melaka tiada isu bekalan air kerana paras air di semua empangan berkenaan dalam keadaan terkawal dan mampu menampung keperluan air penduduk di negeri ini.

“Kapasiti bacaan air di Empangan Durian Tunggal merekodkan 98.6 peratus dengan 30,386 megaliter air manakala Empangan Jus, 100 peratus dengan 44,975 megaliter air dan Empangan Asahan, juga merekodkan 100 peratus dengan 705 megaliter air.

“Keadaan paras air Sungai Kesang yang membekalkan air juga masih lagi 100 peratus jadi tiada masalah bekalan air di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak paip pecah di Jalan Tun Hamzah berhampiran Taman Ozana Impian di sini hari ini.

Kelmarin, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan enam kawasan berada pada kategori satu atau berjaga-jaga dengan suhu maksium harian 35 hingga 37 darjah selcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Kawasan yang berada pada tahap itu adalah Kubang Pasu, Padang Terap di Kedah; Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah di Kelantan dan Besut, Terengganu serta Nabawan, Sabah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1476
Kongsi :
Previous post APMM bantu bawa penumpang kapal alami strok dapatkan rawatan
Next post Baik pulih bumbung rosak di Pasar Besar MBMB siap minggu depan – Exco Kanan
Ubah saiz-+=