Sorting by

×

Enam klinik kesihatan Melaka beroperasi hingga 1 tengah hari pada Sabtu

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 24 April – Waktu operasi bagi enam buah klinik kesihatan ‘waktu lanjutan’ (extended hours) di negeri ini diselaraskan pada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari pada setiap Sabtu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, perubahan waktu itu hanya membabitkan operasi pada hari Sabtu sahaja dan untuk hari biasa, lanjutan waktu kekal pada jam 5 petang hingga 9.30 malam.

Katanya, enam klinik kesihatan (KK) yang terlibat ialah KK Peringgit, KK Ayer Keroh, KK Masjid Tanah, KK Alor Gajah, KK Jasin dan KK Merlimau.

“Perubahan ini dilakukan bagi menyelaraskan semula operasi yang mana sebelum ini, enam klinik ini beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Namun untuk waktu terbaharu ini, kesemua klinik terlibat akan beroperasi 9 pagi hingga 1 tengah hari selepas diselaraskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hee Sem, perubahan waktu operasi itu akan bermula pada 29 April ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8425
Kongsi :
Previous post Tradisi rumah terbuka pupuk perpaduan rakyat
Next post Tol percuma: Trafik keluar, masuk Melaka sesak
Ubah saiz-+=