Sorting by

×

Rumah terbuka Kerajaan Negeri peluang kenali pemimpin – KM

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 22 April – Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada 29 April nanti adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mengenali pemimpin yang ada di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kehadiran rakyat sudah pasti dapat mengeratkan silaturahim bersama pemimpin Negeri Melaka.

“Saya menjemput semua warga Melaka hadir ke rumah terbuka Aidilfitri dari jam 10 pagi hingga 3 petang. Rumah terbuka ini peluang untuk rakyat bertemu pemimpin dengan lebih dekat selain meraikan kemeriahan Syawal.

“Jadi boleh rapatkan silaturahim, kita mahu kemeriahan rumah terbuka ini nanti dirasai bersama rakyat dan pemimpin,” katanya pada sidang media selepas Majlis Hari Raya Pejabat Ketua Menteri Melaka diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Bendahara, di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Selain it uhadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, VP Shanmugam serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Ngwe Hee Sem dan lain-lain kenamaan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) seperti Adun Ayer Keroh Kerk Chee Yee.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3314
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Ali serikan Majlis Hari Raya YAB Ketua Menteri Melaka
Next post Galeri Ketua Menteri Melaka diberi ‘sentuhan baharu’
Ubah saiz-+=