
Jualan Ambang Syawal Madani meriah
KUALA LINGGI 22 April – Penganjuran Jualan ‘Ambang Syawal’ Madani Koperasi Negeri Melaka (JMK) di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, pada 15 dan 16 April lalu berjaya mencatatkan hasil jualan berjumlah RM77,866.60.
Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka Menerusi satu kenyataan memaklumkan nilai itu adalah kutipan jualan membabitkan Koperasi Kakitangan Penjara Melaka Berhad dan Koperasi Usahawantani Alor Gajah Melaka Berhad (KUAGB).
“Pengunjung berpuas hati dengan produk jualan terutama daging dan ayam selain barangan utama seperti beras, tepung, minyak dan minyak masak.
“Program JMK turut mendapat perhatian Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...