KM minta rakyat jangan panik

Masa Membaca:49 Saat

BANDA HILIR 24 Okt. – Rakyat di negeri ini diminta agar tidak panik dengan sebarang spekulasi mengatakan bakal diumumkan darurat di negara ini susulan pertambahan mendadak kes positif COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali berkata, buat masa ini tiada sebarang pengumuman dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Justeru, jelasnya tiada keperluan untuk semua meluahkan rasa khuatir terhadap perkara itu sebaliknya perlu meneruskan hidup seperti biasa.

“Saya sebenarnya tak tahu apa-apa. Sehingga pagi ini saya tidak dapat apa-apa pengumuman daripada Kerajaan Persekutuan.

“Jadi, rakyat jangan panik atau bimbang. Kita mempunyai Raja Berpelembagaan, jadi saya yakin Yang di-Pertuan Agong lebih arif untuk menentukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam rutin mingguannya mengadakan lawatan ke kampung-kampung atau lokasi terpilih di negeri ini.

Hari ini, Sulaiman memilih untuk menyantuni penduduk di Kampung Bakar Batu, Bachang, selain turut menziarahi penduduk di sekitar Bukit Cina dan peniaga di Little India, Banda Hilir.

Views:

640
Kongsi :
Previous post KM beri sumbangan RM10,000 kepada Masjid Imam Ghazali
Next post Spekulasi darurat: KM minta rakyat jangan panik
Ubah saiz-+=