
34 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan wang kripto
KUALA LUMPUR, 19 April – Polis menahan 34 individu termasuk lapan warga China, seorang warga Filipina, dan seorang warga Indonesia, yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan mata wang kripto secara dalam talian selepas menyerbu sebuah premis di Jalan Tun Razak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata kesemua mereka yang dalam lingkungan umur 21 hingga 68 tahun dipercayai berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dan pengurus dengan menerima gaji RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas masing-masing tujuh unit komputer, komputer riba serta iPad; dan 49 unit telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan mereka.
“Siasatan awal mendapati kesemua ahli sindiket itu menawarkan pelaburan mata wang kripto menggunakan platform Multi Level Marketing dengan memuat turun aplikasi melalui pautan yang diberikan oleh sindiket bagi tujuan pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya sindiket terbabit dipercayai telah beroperasi selama dua bulan di sekitar bandar raya ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...