Telur, ayam, daging di Melaka cukup
SUNGAI RAMBAI 17 April – Bekalan makanan terutama membabitkan barangan mentah di Melaka dijamin mencukupi menjelang sambutan perayaan Aidilfitri nanti.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kekurangan bekalan barangan mentah.
“Setakat ini telur, ayam, daging cukup. Alhamdulillah
“Ada satu dua (aduan) telah dimaklumkan kepada saya dan saya majukan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Festival Kuih Tradisional dan Pelita Raya Aidilfitri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di perkarangan R&R Sungai Rambai arah selatan di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abd Azis.
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan barangan keperluan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri mencukupi.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, pihaknya ada membuat libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bagi memastikan keperluan pengguna dimusim perayaan itu tidak terputus.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ASEAN 2025: INDUSTRI PELANCONGAN TEMPATAN DIGESA REBUT PELUANG
PUTRAJAYA, 30 Okt - Pengendali pelancongan tempatan digesa merebut peluang daripada peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN serta tuan rumah Hari...
MELAKA HALAL HUB TARIK PELABURAN RM162 JUTA
BANDARAYA MELAKA 30 Oktober - Melaka Halal Hub berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM40 juta dan pelaburan langsung...
MELAKA ANJUR PERSIDANGAN EKONOMI MARITIM, 4 DAN 5 NOVEMBER INI
AYER KEROH 30 Oktober - Kerajaan Negeri menerusi Institut Tun Perak bakal menganjurkan 1st Melaka International Maritime Economy Conference (MIMEC)...
PENIAGA RUGI RM800,000 DITIPU PELABURAN TENDER TIDAK WUJUD
BATU PAHAT, 30 Okt - Seorang peniaga kerugian RM800,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tender membekalkan makanan kepada sekolah yang...
PUSPANITA MELAKA JULANG PIALA TOH PUAN ASMAH
AYER KEROH 30 Oktober - Skuad badminton Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Melaka menggondol kejuaraan...
‘KOLAM’ SERIKAN BANGUNAN MBMB SEMPENA DEEPAVALI
AYER KEROH 30 Oktober - Menjelang perayaan Deepavali, banyak lokasi terutamanya di pusat beli-belah diceriakan dengan hiasan 'kolam' yang sinonim...