
Polis klasifikasi kes kematian ibu dalam pantang sebagai mati mengejut
KOTA BHARU, 13 April – Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang ibu yang sedang berpantang di Kampung Beris Panchor, Bachok, semalam, sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.
“Hasil bedah siasat Jabatan Forensik di Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang teruk di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tertusuk di lehernya.
Kejadian berkenaan disedari adik mangsa, Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi yang kemudian menghantar mangsa ke Klinik Beris Panchor sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...