Sorting by

×

Jadikan iktibar untuk perbaiki prestasi – Mirnawan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MELAKA 23 Okt. – Kekalahan skuad hoki Melaka dan kekecewaan untuk mengekalkan gelaran juara bertahan empat kali dalam saingan Piala Tun Abdul Razak 2020 perlu dijadikan iktibar untuk perbaiki pasukan pada perlawanan akan datang.

Legenda hoki negara yang kini menjawat jawatan sebagai Pengurus Hoki Kebangsaan Datuk Mirnawan Nawawi berkata, skuad itu memiliki kelebihan kerana memiliki barisan jurulatih dan pemain yang mantap

Bagaimanapun katanya, pasukan itu dilihat agak kurang bernasib baik untuk melakar semula kejayaan pada tahun ini disebabkan beberapa pemain senior dan remaja kebangsaan cedera sebelum saingan bermula.

“Skuad hoki Melaka boleh dikatakan tiga perempat daripada pemain sangat membantu untuk meraih juara namun, tanpa kehadiran beberapa pemain kebangsaan termasuk Mohd Hafizi Zainuddin dan Mohd Faid Farhad Mohamad Shah akibat kecederaan, menjadi antara penyebab mereka tidak berjaya melangkah lebih jauh pada musim ini.

“Bagi saya, mereka harus mengambil (kekalahan) ini sebagai satu pengalaman membina dan membuat persiapan rapi untuk menghadapi edisi tahun hadapan.

“Apa yang penting mereka harus mengambil kegagalan itu sebagai satu iktibar penting untuk melakukan ‘post-mortem’ bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Skuad hoki lelaki Melaka gagal mempertahankan gelaran juara selepas tewas 1-2 di tangan Pahang pada aksi suku akhir dalam saingan berkenaan.

Views:

677
Kongsi :
Previous post COVID-19: JKNK akan saring pemandu bas, lori dari zon merah
Next post KM pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri
Ubah saiz-+=