Sorting by

×

Dira berkonvoi hantar sumbangan

Masa Membaca:45 Saat

RIM 12 April – Prihatin dengan kebajikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar meneruskan tradisi pada bulan Ramadan dengan mengadakan Konvoi Semarak Kasih Ramadan, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim itu berkata, menerusi aktiviti ziarah kasih, segala permasalahan dan luahan hati penduduk dapat didengari lebih dekat.

“Syukur pada bulan yang mulia ini saya berkelapangan untuk menziarahi Keluarga DUN Rim bersama Konvoi Semarak Kasih Ramadan.

“Alhamdulillah saya dapat menziarahi Fatimah Musi di Simpang Bekoh dan Rosimah Rahmat di Kampung Chabau, seterusnya ke Chohong untuk menziarahi Maita Saleh, melawat Pakcik Derus di Kampung Seri Kesang serta Kak Fatimah bagi menyampaikan sumbangan Ramadan.

“Terima kasih kepada Mahkamah Syariah Melaka atas inisiatif ini, semoga segala usaha diberkati seterusnya dapat meringankan beban keluarga yang diziarahi,” katanya.

Pada ziarah kasih berkenaan Khaidhirah berkesempatan bertanyakan khabar dan mendengar luahan hati penduduk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

867
Kongsi :
Previous post Lebuhraya Duke bakal laksana sistem pembayaran tol terbuka
Next post Ejen kapal persiaran bantu tarik pelancong ke Melaka