
Ab Rauf mahu pulihkan bola sepak Melaka
KUALA LINGGI 8 April – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhasrat untuk memulihkan kembali bola sepak Melaka yang sebelum ini terpalit kontroversi.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti dan mengkaji jalan terbaik supaya pasukan kebanggaan Negeri Melaka dapat kembali beraksi di pentas liga tertinggi seperti sebelum ini.
“Saya bukan mahu memberi jaminan, tetapi saya sedang mengkaji, meneliti dan akan berusaha untuk memulihkan kelab bola sepak Melaka.
“Sudah pasti saya dan rakyat Melaka mahu melihat pasukan bola sepak kita kembali beraksi seperti dahulu, cuma saya memerlukan sedikit masa lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Tautan Kasih 2023 di Auditorium Ibn Khaldun, Universiti Melaka (UNIMEL), di sini, hari ini.
Ditanya mengenai tindakan undang-undang oleh Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) yang mahu mengheret pengurusan Melaka United ekoran kes tunggakan gaji pemain, Ab Rauf berkata, pihaknya akan merujuk kepada Penasihat Undang-Undang berhubung perkara itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...