
Mayat ditemukan terapung di Kuala Sungai Baru
KUALA LINGGI 7 April – Mayat dipercayai lelaki berumur anggaran 50-an ditemukan terapung di tengah laut perairan Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, di sini, petang tadi.
Mayat itu ditemui kira-kira jam 3.23 petang oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Arshad Abu berkata, mayat itu ditemui dengan hanya berseluar slack panjang dan tidak berbaju, selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
“Mayat itu ditemui pada jarak lima batu nautika dari Pantai Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru dan berhampiran Akademi Laut Malaysia (ALAM).
“Mayat itu dipercayai sudah berada di dalam air melebihi jangka masa 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mayat tersebut kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...