PETRONAS agih peralatan perubatan di Zon Selatan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 7 April – PETRONAS melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Yayasan PETRONAS dengan mengedarkan peralatan perubatan penjagaan kepada 137 penerima dalam kalangan B40, komuniti kurang upaya dan warga emas.

Sumbangan itu sebahagian daripada Program Memacu Kehidupan: Home Ward 2023 yang melibatkan tiga negeri di Zon Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Selatan, Mohd Zaki Mahat berkata sumbangan itu menjadikan suasana persekitaran rumah penerima lebih kondusif dengan menyediakan peralatan perubatan asas, sekali gus membantu penerima berkenaan.

“Sebanyak 57 katil boleh laras, 14 penumpu oksigen dan 66 kerusi roda diedarkan secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri masing-masing.

“Sumbangan ini mampu memberikan senyuman pada raut wajah mereka memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu Mohd Zaki menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan yang turut dihadirsi Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi.

Turut hadir mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik dan Pengetua Taman Sinar Harapan, Hanuna Salleh.

Ujarnya lagi, setakat ini sebanyak 609 katil boleh laras, 44 penumpu oksigen dan 312 kerusi roda telah diedarkan kepada keluarga kurang bernasib baik serta rumah-rumah kebajikan di seluruh negara.

“Setiap tahun Yayasan PETRONAS mengedarkan barangan keperluan kepada komuniti kurang bernasib baik ini untuk menambah baik kesejahteraan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1603
Kongsi :
Previous post Nikmat rai Aidilfitri di rumah baharu
Next post Mayat ditemukan terapung di Kuala Sungai Baru
Ubah saiz-+=