Sorting by

×

Melaka umum 10 Timbalan Exco Kerajaan Negeri

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 6 April – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik sebagai Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sebuah hotel, di sini, malam ini.

Berikut merupakan senarai Timbalan Exco Kerajaan Negeri: 

1. Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET – Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN – Rim)

2. Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana – Zulkiflee Mohd Zin (BN – Taboh Naning)

3. Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan – Datuk Zaidi Attan (BN – Serkam)

4. Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Low Chee Leong (PH – Kota Laksamana)

5. Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital – Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN – Duyong)

6. Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti – Leng Chau Yen (PH – Banda Hilir)

7. Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan – Siti Faizah Abdul Azis (BN – Sungai Rambai)

8. Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan – Zahari Abd Kalil (BN – Durian Tunggal)

9. Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama – Rosli Abdullah (BN – Kuala Linggi)

10. Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna – Tuminah Kadi @ Mohd Hasim (BN – Pantai Kundor)

Ab Rauf pada sidang media pengumuman itu berkata, kesemua yang dilantik itu diharap dapat menggalas tugas dengan baik dan menyumbang kepada pembangunan negeri.

Katanya, timbalan-timbalan yang dilantik juga bakal menerima kemudahan yang akan ditentukan, termasuklah mempertimbangkan kemudahan kenderaan dan pemandu.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua yang dilantik. Semoga semua wakil rakyat di dalam Kerajaan Perpaduan ini dapat menyumbang kepada negeri dan rakyat Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5600
Kongsi :
Previous post Melaka kumpul RM412,393 bantu mangsa gempa bumi Turkiye, Syria
Next post Anggap serius dakwaan jual beli organ – KP Kesihatan
Ubah saiz-+=