
Asnaf, anak yatim tidak dilupa
SUNGAI RAMBAI 6 April – Setiap kali tibanya Ramadan, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah Jasin Pantai tidak pernah melupakan nasib golongan yang tidak bernasib baik.
Ia selepas pertubuhan itu meneruskan acara tahunan mereka menerusi penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.
Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah Jasin Pantai Roszita Derus berkata, seramai 20 anak yatim dan 20 fakir miskin telah diraikan pada majlis yang diadakan di Masjid As Sholihin, Sebatu, di sini, 1 April lalu.
Menurutnya, kesemua penerima diberikan sumbangan berupa wang tunai dan kit makanan asas.
“Selain sumbangan, turut diadakan solat sunat hajat, taubat dan tasbih melibatkan ahli-ahli dan kariah masjid.
“Insya-Allah program ini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha meringankan beban mereka yang memerlukan khususnya ketika tiba musim perayaan,” katanya.
Program tersebut telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JALAN PINTAS BAHARU DUN RIM JIMATKAN 15 MINIT MASA PERJALANAN
RIM 7 April - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Asahan dan Nyalas bakal menikmati satu lagi kemudahan hasil...
KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 7 April - Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...
GADIS OKU HILANG SELEPAS KELUAR BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN
MELAKA 6 April - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas...
KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: PENILAIAN AKHIR FIZIKAL KEDIAMAN TERJEJAS SELESAI – KP BOMBA
KUALA LUMPUR 6 April - Kerja-kerja penilaian akhir fizikal bagi kediaman terjejas insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang...