Lampu ketupat, kelip-kelip indahkan kawasan MPHTJ

Masa Membaca:46 Saat

AYER KEROH 5 April – Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menghias lapan lokasi dalam kawasan pentadbirannya dengan lampu kelip-kelip dan berbentuk ketupat.

Yang Dipertu MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata kerja mengindahkan lokasi berkenaan membabitkan perbelanjaan berjumlah RM50,000.

Sapiah berkata antara lokasi berkenaan adalah pintu gerbang Ayer Keroh, jejantas Melaka Mall dan bawah jejambat persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

“Pengindahan juga akan dilakukan di bulatan Seri Negeri, bulatan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), bulatan Malim, simpang Pekan Durian Tunggal dan simpang Bemban.

“Lampu hiasan di hadapan Zoo Melaka turut dipasang hasil sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

WhatsApp Image 2023-04-05 at 2.59.15 PM (1)
LAMPU hiasan yang siap dipasang di kawasan MPHTJ.

Menurutnya kerja-kerja pemasangan lampu hiasan berkenaan dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan MPHTJ.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1465
Kongsi :
Previous post Agong dan Raja Permaisuri lawat Bazar Peringgit
Next post Al-Sultan Abdullah berkenan masyhur Masjid Ar-Razzaaq, Bachang
Ubah saiz-+=