Sorting by

×

Perluas 5G di Melaka jadi fokus Fairul Nizam

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI NEGERI 5 April – Memastikan liputan 5G diperluaskan di seluruh Melaka merupakan antara misi utama Fairul Nizam Roslan yang dilantik sebagai Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan itu berkata, pihaknya akan memastikan pembinaan menara telekomunikasi dipercepatkan di negeri ini khususnya membabitkan kawasan luar bandar.

“Saya akan cuba sebaik mungkin kerana saya mahu selesaikan segera menara yang dibina ini seperti yang telah dilaksanakan mantan Exco sebelum ini iaitu Datuk Rais Yasin.

“Terutama tahun hadapan merupakan Tahun Melaka Melaka 2024 jadi kita cuba sehabis baik untuk memastikan capaian internet terutamanya di kawasan luar bandar akan dinaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Balai Istiadat Dewan Seri Negeri, di sini, hari ini.

Pada istiadat itu seramai 10 Adun termasuk tiga muka baharu telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam pada itu, Fairul Nizam berkata, portfolio yang dipertanggungjawabkan itu merupakan cabaran besar untuknya dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negeri ini dicapai.

“Saya gembira tetapi gemuruh kerana pertama kali menjawat jawatan dalam MMKN dan apa pun tanggungjawab ini harus digalas sebaik mungkin untuk membantu Ketua Menteri melaksanakan tugas demi rakyat Melaka,” katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2699
Kongsi :
Previous post Era politik baharu bermula di Melaka
Next post Agong, Raja Permaisuri berangkat tiba di Melaka
Ubah saiz-+=