Sorting by

×

Kakitangan Perangkaan Pahang maut kereta bertembung lori

Masa Membaca:52 Saat

KUANTAN, 3 April – Dua kakitangan Jabatan Perangkaan Pahang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung lori di Kilometer 55 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di Pekan hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku pada 8.30 pagi dan mangsa Ruzana Mohamad Agin, 50, dan Suhaizan Abdullah, 41, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ruzana beralamat di Perumahan Dato Shahbandar manakala Suhaizan dari Kampung Bentan, Kuala Pahang, kedua-duanya di Pekan, difahamkan dalam perjalanan atas urusan kerja di Rompin.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu Ruzana dari Pekan ke Rompin terbabas semasa mengambil selekoh akibat jalan licin lalu memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan lori yang tidak dapat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaidi berkata pemandu lori berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1446
Kongsi :
Previous post RUU Kewangan 2023 diluluskan di Dewan Rakyat
Next post Harga runcit minyak masak sawit tulen kekal sehingga 7 Mei – Salahuddin
Ubah saiz-+=