
Ab Rauf mula tugas sebagai Ketua Menteri
AYER KEROH 3 April- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba di Seri Negeri, di sini, bagi memulakan tugas pada hari pertama selepas menjadi Ketua Menteri Ke-13 pada Jumaat lalu.
Ab Rauf tiba kira-kira jam 7.30 pagi dengan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari dan Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh.
Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu pada jam 7.33 pagi sebelum masuk ke pejabat.
Pada Jumaat, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERAS MELAKA HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
SERI NEGERI 28 April - Beras Melaka yang kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya...
EKONOMI MELAKA KEKAL KOMPETITIF, INKLUSIF DAN BERDAYA SAING
SERI NEGERI 28 April - Ekonomi Negeri Melaka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya saing berdasarkan indikator dan data dikeluarkan Jabatan...
PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI
SERI NEGERI 28 April - Penjenamaan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC) Simpang Bekoh kepada SJKC Laksamana Cheng Ho...
SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN
SERI NEGERI 28 April - Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara...
INSTITUT TUN PERAK SELIDIK PERANAN LAKSAMANA CHENG HO DALAM HUBUNGAN MELAKA DAN CHINA
SERI NEGERI 28 April - Institut Tun Perak (ITP) sedang menjalankan kajian terperinci mengenai peranan Laksamana Cheng Ho melibatkan hubungan...
LIPUTAN 5G DI MELAKA CAPAI 89.7 PERATUS, CAPAIAN 4G HAMPIR 100 PERATUS
SERI NEGERI - Kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk di Negeri Melaka telah mencapai 89.7 peratus, kata Exco Sains, Teknologi,...