Kendali salah laku remaja, cabaran tidak boleh dilupakan

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Cabaran mengendalikan kes salah laku remaja sewaktu menjadi Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih kekal dalam ingatan seorang pesara polis Mariam Mohamad,68.

Bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selama lima tahun, antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan oleh Mariam biarpun kini sudah bersara.

“Saya berkhidmat dalam jabatan polis sudah 25 tahun, bekerja pula pada umur 19 tahun dan bersara awal pada usia 47 tahun.

“Cabaran tidak boleh dilupakan ialah sewaktu saya mengendali kes anak-anak remaja yang duduk di Felda yang lari dari sekolah untuk ikut warga asing, terlibat dengan aktiviti menjadi bohsia, kes rogol dan ibu-ibu yang bersekedudukan tanpa nikah.

photo_2023-03-28_15-11-03
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah (dua dari kanan) menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada Mariam Mohamad, 68, (dua dari kiri) pada Istiadat Penganugerahan PJPN ‘Tanpa Istiadat’ PDRM Kontinjen Melaka di Taman Bukit Beruang Indah, Ayer Keroh, Melaka. Turut serta Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit (kanan). Foto: MR. AZLI

“Biarpun hanya lima tahun di Kluang, tetapi ini antara tanggungjawab paling besar sepanjang saya berkhidmat, sebelum itu saya bertugas sebagai anggota polis di Johor Bahru selama 20 tahun,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di rumahnya di Taman Tasik di sini, hari ini.

Terdahulu Mariam menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) ‘Tanpa Istiadat’ daripada Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah bagi di kediamannya, di sini.

Ibu kepada empat anak itu menamatkan kerjaya sebagai anggota polis pada usia 47 tahun di IPD Kluang bagi memfokuskan pula tanggungjawab kepada keluarganya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1122
Kongsi :
Previous post Permit mercun dikeluarkan hari ini, tiada permohonan baharu
Next post Ketupat bersama serunding kelapa, sambal bilis laris 20 tahun
Ubah saiz-+=