
Permit mercun dikeluarkan hari ini, tiada permohonan baharu
AYER KEROH 28 Mac – Tiada permohonan baharu bagi penjual mercun dan bunga api berikutan permit mercun sudah dikeluarkan bermula hari ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pengeluaran permit perlu dimohon sebelum umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di kawasan masing-masing.
“Kita mendapat maklumat permit menjual mercun ini akan dikeluarkan 25 hari sebelum perayaan dan lima hari selepas perayaan,
“Permohonan permit itu dikeluarkan berkuatkuasa hari ini,” katanya.
Semalam, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan sebanyak 45 jenis bunga api dan mercun untuk diimport, disimpan dan dijual hanya ketika musim perayaan.
Itu antara enam garis panduan yang ditetapkan KDN dengan pemantauan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan aspek keselamatan dan penguatkuasaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...