Bengkel motosikal tawar ‘tayar Rahmah’ RM5
Inisiatif oleh Bengkel Dania Garage, bengkel motosikal milik bumiputera yang berpusat di Sungai Chua, Kajang itu dinamakan Program Amal Tayar Rahmah, dan ia mula ditawarkan pada 20 Mac lepas.
Menurut pemilik bengkel Mohd Mustakim Mohd Munawir, inisiatif itu dianjurkan dengan niat memberi sumbangan, sebagai penghargaan kepada pelanggan bengkelnya.
“Jadi sempena bulan Ramadan ini juga saya menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya memperuntukkan 1,000 unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 seunit berbanding harga sebenar tayar itu iaitu RM60 seunit.
Bengkel yang popular di media sosial khususnya TikTok dengan pengikut lebih 506,000 orang itu mula beroperasi pada 2016 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu dua di Kajang dan satu di Serdang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SUKAN LAMBANG PERPADUAN ORANG MELAKA
SUNGAI UDANG 11 Januari - Penganjuran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri...
MELAKA ANJUR 2 PROGRAM SUKAN LIBAT LEBIH 6,200 RAKYAT, BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 11 Januari - Lebih 6,200 peserta akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan sukan iaitu Sukan Dua Jiwa Satu...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Januari - Di sebalik populariti beberapa pantai tersohor di negeri Melaka seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan...
PEKERJA ASING TIKAM RAKAN SEDANG TIDUR GARA-GARA KRIKET
JASIN 11 Januari - Pergaduhan mulut mengenai sukan kriket berakhir dengan tragedi berdarah apabila seorang pekerja asing warganegara Nepal parah...
TERIMA KASIH SUDI ‘JENGUK’ KAMI
KUALA LINGGI 11 Januari - Ucapan terima kasih tidak terhingga antara kalimat yang diungkapkan penerima bantuan kebajikan yang diziarahi Exco...
TRAGEDI KELUAR SIMPANG: WARGA EMAS MAUT, CUCU CEDERA
LENDU 11 Januari - Seorang pesara tentera maut, manakala cucunya cedera selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan...