Sorting by

×

Rindu kenangan beraya dengan arwah ayah

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PANTAI KUNDOR 24 Mac – Bermaaf-maafan di pagi Aidilfitri bersama insan bergelar ayah menjadi kenangan yang dirindui seorang anak kecil, Muhammad Zahirul Haq Nur Syahidan, 10.

Katanya, semua itu tidak dapat diputar kembali selepas kehilangan arwah bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira setahun yang lalu.

“Jika di pagi raya sebelum ini saya dan adik-adik dapat bersalam dengan ayah tetapi kini kami tidak berpeluang lagi. Saya rindu kenangan itu.

“Semasa ayah ada dia akan bagi kami adik beradik duit raya dan juga bersama-sama bermain bunga api tetapi kini ia menjadi kenangan buat saya.

“Sekarang kalau tiba-tiba rindu atau teringat, saya akan hadiahkan Al-Fatihah buatnya dan saya tidak sabar untuk menziarahi pusara ayah pada pagi raya nanti,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Muhammad Zahirul Haq merupakan salah seorang penghuni yang baru enam hari menetap dia Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) di Pantai Puteri, di sini.

Murid darjah empat bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai Kundor itu turut menyifatkan Ramadan pertamanya di rumah anak yatim itu sebagai kenangan terindah apabila menerima kunjungan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Malah, dia turut teruja apabila menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada kerabat diraja Selangor itu.

“Alhamdulillah terima kasih saya ucapkan sebab rasa seronok sangat dapat hadiah dan sumbangan bersama kawan-kawan saya di sini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2149
Kongsi :
Previous post Tentera gagalkan taktik PATI masuk Malaysia secara haram
Next post Ujian Ramadan, tiga beranak tinggal sehelai sepinggang
Ubah saiz-+=