Sorting by

×

Seorang maut, dua parah van melekat belakang lori

Masa Membaca:51 Saat

ALOR GAJAH 23 Mac – Seorang pekerja logistik syarikat barang kemas maut, manakala dua lagi rakannya parah selepas van dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di KM 208.2 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan), di sini, petang semalam.

Mohammad Firdaus Badrila, 37, yang merupakan penumpang bahagian hadapan van disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

Katanya, setibanya di lokasi, van yang dipandu lelaki berusia 35 tahun telah melanggar bahagian belakang lori menyebabkan van itu melekat dan diseret hingga ke lorong kecemasan.

“Akibat rempuhan itu, semua pemandu dan penumpang van dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia.

“Dua lagi individu iaitu pemandu dan penumpang belakang van mengalami kecederaan parah dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7504
Kongsi :
Previous post Kantin, asrama pekerja kilang cat terbakar
Next post Bazar Ramadan Melaka tetap meriah dalam hujan
Ubah saiz-+=