
MPHTJ sedia 1,353 tapak niaga bazar Ramadan dan Aidilfitri
AYER KEROH 17 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyediakan sebanyak 1,353 tapak perniagaan di 15 lokasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri yang telah diluluskan sempena Ramadan tahun ini.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, jumlah itu membabitkan 11 bazar Ramadan dan empat bazar Aidilfitri di kawasan Hang Tuah Jaya.
“Ada peningkatan bagi bazar Ramadan berbanding sembilan sahaja tahun lalu. Tahun ini sebanyak 725 tapak perniagaan disediakan untuk bazar Ramadan, manakala 628 tapak perniagaan bagi bazar Aidilfitri.
“Bagi waktu operasi pula, bazar Ramadan bermula dari jam 4 petang hingga 8 malam, bazar Aidilfitri pulajam 5 petang hingga 12 tengah malam,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI), di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang masih berkuat kuasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MANTAI AIDILFITRI DUYONG MERIAH, PELBAGAI BARANGAN DIJUAL MURAH
DUYONG 29 Mac - Seawal jam 6.30 pagi, orang ramai telah memenuhi tapak parkir Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, di...
PENIAGA PUKUL LELAKI DENGAN HELMET DITAHAN, PERSELISIHAN FAHAM ATAS JALAN JADI PUNCA
PAYA RUMPUT 29 Mac - Perselisihan faham di atas jalan raya dipercayai menjadi punca seorang lelaki dipukul dengan topi keledar...
ALOR GAJAH BERSERI, LAMPU RAYA SAMBUT KEPULANGAN PERANTAU
ALOR GAJAH 29 Mac - Daerah Alor Gajah kini semakin bersinar dengan pemasangan lampu hiasan yang menerangi kawasan utama bagi...
BERAS MELAKA MULA DIPASARKAN APRIL
MERLIMAU 29 Mac - Beras putih tempatan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri dan dikenali sebagai Beras Melaka akan mula berada di...
RAKAM VIDEO KEMALANGAN SAMBIL MEMANDU, SAMAN MENANTI
AYER LIMAU 29 Mac - Pemandu yang gemar merakam kejadian kemalangan untuk ditularkan di media sosial ketika mengendalikan kenderaan di...
PEMERIKSAAN KETAT BAS EKSPRES DI DEPOH DAN TERMINAL
AYER LIMAU 29 Mac - Bas ekspres beroperasi sepanjang musim perayaan Aidilfitri akan melalui pemeriksaan sebanyak dua kali iaitu di...