
TMM2024: Pastikan produk pelancongan Melaka bertaraf lima bintang
SERI NEGERI 15 Mac – Semua produk pelancongan di negeri ini perlu bertaraf lima bintang menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024), kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata, untuk itu satu jawatankuasa kebersihan dan keceriaan TMM 2024 termasuk melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri akan ditubuhkan.
“Ini bagi memastikan aspek kebersihan dan keceriaan diberi tumpuan utama termasuk membabitkan penambahbaikan ‘physical outlook’.
“Jawatankuasa ini juga akan mengadakan pengauditan secara berkala bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong berada dalam keadaan memuaskan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...