Unit IPT dihidupkan semula menerusi TAPEM – KM

Masa Membaca:44 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – Kerajaan Negeri akan mengaktifkan semula Unit Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata unit tersebut akan diaktifkan semula menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

“Sebagai usaha menjadikan Melaka hab pendidikan, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan semula unit IPT melalui TAPEM.

“Usaha itu bagi menyelaraskan segala aktiviti siswi dan siswa di negeri ini terutama IPT milik Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ‘Mengupaya Potensi, Memacu Kemakmuran Negeri’ Persidangan Pertama, Penggal Kedua, hari kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman turut memaklumkan secara keseluruhan 45 IPT beroperasi di Negeri Melaka dan daripada jumlah itu 25 berstatus awam manakala 20 lagi adalah swasta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1154
Kongsi :
Previous post Banjir: Lebih 38,000 orang masih berlindung di 126 PPS
Next post Ketua Menteri ketuai Sekretariat Khas TMM2024
Ubah saiz-+=