Lagi kemalangan isteri maut, motosikal terbabas
ALOR GAJAH 13 Mac – Seorang isteri maut manakala suaminya parah selepas motosikal dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dalam kemalangan di Kilometer 206 Lebuhraya Utara Setalan arah utara, di sini semalam.
Dalam kemalangan pada jam 1.30 petang itu, Hasburiahnoor Mohamed Noor, 50 yang membonceng motosikal jenis Honda ADV 150 maut di lokasi kejadian manakala suaminya yang menunggang motosikal terbabit berusia 51 tahun cedera.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan mendapati pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari Johor pulang ke rumah di Cheras, Selangor dan menggunakan lorong kiri lebuh raya berkenaan.
Katanya sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kecemasan lebuh raya itu.
“Akibat kemalangan itu, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal yang patah bahu dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, saksi awam yang menyaksikan kemlaangan itu diminta tampil untuk membawa siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.