SALAM medan mualaf dalami ilmu agama Islam

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LINGGI 11 Mac – Program Sijil Asas Pengajian Islam Mualaf (SALAM) menjadi platform untuk mualaf mendalami ilmu agama Islam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, program yang dikelolakan Universiti Melaka (UNIMEL) bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) itu merangkumi enam silibus iaitu Akidah, Tafsir, Hadis, Kemahiran al-quran, Bahasa Arab Asas dan Fiqh Interaksi Mualaf.

Katanya, pengambilan pertama program tersebut telah diadakan pada Februari tahun lalu, dengan pengajian mengambil masa enam bulan di Kompleks Darul Huda Balai Islam Kesidang dengan 16 graduan dianugerah persijilan pertama program tersebut.

“Semoga kejayaan sebegini menjadi contoh dan dukungan kepada mualaf lain untuk terus mendalami ilmu asas seperti akidah, hadis dan kemahiran al-Quran.

“Saya berharap program SALAM ini akan menjadi satu platform utama buat semua mualaf tidak kira di Negeri Melaka mahupun di peringkat nasional untuk dijadikan contoh dan ikutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan di Majlis Konvokesyen SALAM yang diadakan di Auditorium Ibn Khaldun UNIMEL, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Rosli Abdullah.

Hadir sama, Setiausaha MAIM Muhammad Ikram Ibrahim selain Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan Korporat UNIMEL Ts. Dr. Yuseni Abd Wahab.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2126
Kongsi :
Previous post Acara sukan promosi Tahun Melawat Melaka 2024
Next post Hampir 2,500 mualaf di Melaka
Ubah saiz-+=