8,406 anak asnaf terima bantuan pakaian sekolah MAIM

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BUKIT PALAH 10 Mac – Seramai 8,406 anak asnaf dalam kalangan penerima bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) layak menerima sumbangan pakaian sekolah bermula pada bulan ini.

Bantuan yang diberi merupakan bantuan berbentuk pakaian dan peralatan persekolahan bagi sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Pada tahun ini setiap anak-anak asnaf tersebut menerima bantuan berjumlah RM 300 yang merangkumi pakaian, kasut dan juga beg sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah dan menengah. 

Bantuan ini juga mampu memberikan sedikit kelegaan kepada golongan asnaf khususnya kepada mereka yang masih mempunyai anak di alam persekolahan. 

Sebahagian daripada ibu bapa turut mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih dengan bantuan yang diberi yang mana ianya mampu membantu mengurangkan beban mereka dalam menyediakan peralatan persekolahan.

Seramai 1,850 orang penerima layak menerima bantuan ini di daerah Alor Gajah dan bagi daerah Jasin seramai 1,704 orang manakala 4,516 penerima bagi daerah Melaka Tengah.

Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, menjadi tanggungjawab MAIM untuk menyediakan bantuan seperti ini bagi memastikan anak-anak asnaf mampu mengikuti sesi persekolahan dengan kelengkapan pakaian yang sewajarnya.

Dengan kenaikan harga barang pada ketika ini menjadi keutamaan MAIM untuk terus memastikan kelangkapan persekolahan anak-anak asnaf ini dapat dipenuhi dan memastikan segala bantuan yang ada dapat disampaikan kepada mereka yang layak.    

1 (1)

Bantuan berkenaan merupakan antara skim bantuan yang disediakan oleh pihak MAIM dan mampu memberi keyakinan kepada masyarakat Islam di negeri ini untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pembayar zakat.

MAIM juga sentiasa komited dalam memastikan setiap asnaf akan mendapat bantuan yang sewajarnya dan orang ramai khususnya masyarakat Islam di negeri ini perlu bersama membantu MAIM mengenal pasti mereka yang layak dibantu bagi memastikan mereka tidak dipinggirkan begitu sahaja.

Sebarang pertanyaan mahupun penyampaian maklumat orang ramai boleh menghubungi MAIM di talian 06-2881882/2881877 atau boleh layari laman sesawang rasmi MAIM di www.maim.gov.my.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3575
Kongsi :
Previous post Plastik mesra alam guna ubi kayu dan daun pisang
Next post Teroka 11 manfaat Belanjawan 2023 untuk Negeri Melaka – KM
Ubah saiz-+=