Sorting by

×

Buaya viral ‘senyap’ tak masuk jerat

Masa Membaca:52 Saat

KUALA LINGGI 9 Mac – Buaya ‘viral’ yang kerap berenang antara perairan Kuala Linggi dan Tanjung Bidara semakin jarang kelihatan sejak usaha mengesan reptilia itu oleh pihak berkuasa dijalankan hujung bulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Rosli Abdullah berkata, selain itu jerat yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga belum mengena.

“Biarpun mungkin kita tidak nampak ia terapung di permukaan, pemantauan tetap terus dijalankan oleh semua pihak yang terlibat.

“Pengunjung yang datang beriadah tetap diminta berwaspada dan peka dengan persekitaran,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Februari lalu, Operasi Mencegah, Menangkap dan Pemindahan Buaya di jalankan sepanjang pesisir Muara Sungai Linggi sehingga ke Tanjung Bidara.

Operasi dijalankan berterusan selama dua bulan itu membabitkan pemantauan daripada jabatan dan agensi berkenaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebelum ini Pengarah Perhilitan Negeri, Mohd Firrdhaus Mahmood tidak menolak kemungkinan buaya terbabit berhabitat di Sungai Linggi.

Bagaimanapun katanya, keadaan masih terkawal dan setakat ini belum berlaku sebarang kejadian tidak diingini atau serangan reptilia itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2223
Kongsi :
Previous post Jalan pintas Ayer Limau – Kampung Jeram atasi kesesakan, singkatkan perjalanan
Next post Tahajud kunci kejayaan Tokoh Huffaz
Ubah saiz-+=