Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini
PUTRAJAYA, 7 Mac – Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis ini (9 Mac), kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusof berkata keputusan UPKK Tahun 2022 itu boleh disemak bermula pukul 4 petang pada Khamis.
“Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon melalui dua kaedah iaitu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau di laman sesawang,” katanya.
Menerusi kaedah SMS, UPKKNo MyKid/No Kad Pengenalan KhasNo Angka Giliran dan hantar ke 15888, manakala laman sesawang adalah https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No MyKid/No Kad Pengenalan Khas dan No Angka Giliran.
Hakimah berkata ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula Jumaat (10 Mac) pukul 9.30 pagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ANGKAT KEMAHIRAN BIDANG PEMBERSIHAN SEBAGAI CABANG TVET
ASAHAN 13 Disember - Profesion atau kemahiran dalam bidang pembersihan dicadang untuk diangkat sebagai satu daripada cabang dalam Pendidikan dan...
SUMBANGAN BAWA SENYUMAN – KM
SERI BENDAHARA 13 Disember - Sumbangan dihulurkan Kerajaan Negeri, membawa senyuman dan bakal memeriahkan lagi sambutan Hari Natal buat 200...
SYARIKAT ITALI KEDUA PILIH MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELABURAN
JASIN 13 Disember - Melaka terbukti sebagai sebuah destinasi mesra pelaburan apabila EDA Malaysia Industries Sdn Bhd berpangkalan di Itali,...
48 PASUKAN FUTSAL BAKAL BERENTAP, REBUT PIALA YDP MPHTJ
AYER KEROH 13 Disember - Kejohanan Futsal Piala YDP MPHTJ sempena Hari Perbandaran MPHTJ Ke-15 bakal menyaksikan 48 pasukan berentap...
PTPTN MELAKA TAJA 100 PELAJAR ASNAF, ANAK YATIM BUKA AKAUN SSPN PRIME
AYER KEROH 13 Disember - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Melaka terus cakna terhadap pendidikan anak-anak kurang bernasib di...
‘SCAMMER’ KAUT HAMPIR RM76 JUTA DI MELAKA TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 13 Disember - Hampir RM76 juta kerugian membabitkan penipuan dalam talian direkodkan di Melaka, sepanjang tahun ini. Timbalan Exco...