Sorting by

×

Mangsa banjir di Melaka cecah 601 orang

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

MELAKA 6 Mac – Mangsa banjir di negeri ini masih menunjukkan peningkatan apabila 601 orang telah dipindahkan setakat jam 8 pagi ini berbanding 493 pagi semalam.

Kesemua mangsa itu kini ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara yang dibuka iaitu lima di daerah Jasin dan satu di Alor Gajah.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan jumlah mangsa paling ramai direkodkan ialah di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah (Jasin) iaitu seramai 213 mangsa.

Ia diikuti PPS SK Parit Penghulu 146 mangsa, SK Seri Mendapat (89), SK Sungai Rambai (81), SK Parit Gantong (62) dan 10 di PPS Balai Raya Bukit Tambun.

Sekretariat itu turut memaklumkan sehingga kini 19 kawasan masih terjejas banjir membabitkan enam di daerah Alor Gajah dan 13 di daerah Jasin.

Antara kawasan yang masih terjejas ialah Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau dalam daerah Alor Gajah.

Manakala daerah Jasin pula membabitkan Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong, Simpang Bekoh, Kampung Tersusun Seri Mendapat, Kampung Parit Penghulu, Kampung Janda Berhias, Kampung Tasik, Kampung Batu Gajah Pasir, Parit Putat Benteng, Parit Sidang Seman Benteng dan Batu Gajah Jalan Simen.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5215
Kongsi :
Previous post Tinggal di Melaka, bincang hal kahwin di bilik hotel
Next post AUKU perlu islah bukan mansuh
Ubah saiz-+=