MBMB lulus tujuh bazar Aidilfitri, 27 bazar Ramadan tahun ini
BUKIT BARU 5 Mac – Tujuh bazar Aidilfitri dan 27 bazar Ramadan akan beroperasi sepanjang Ramadan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tahun ini.
Datuk Bandar (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, ada pertambahan lokasi bagi kedua-dua bazar itu dan kesemua penganjur telah menerima surat pelantikan kelmarin.
“Untuk bazar Aidilfitri, ada penambahan empat lokasi baharu iaitu di Hotel Temasek, Jalan Tun Kudu (hadapan Rumah Melaka Bukit Katil), Tapak Pasar Malam Seri Duyong dan Parkir Medan Selera Semabok.
“Manakala hanya dua penambahan lokasi bazar Ramadan iaitu di Hotel Temasek dan Tapak Pasar Malam Seri Duyong,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Bertemu Rakyat Townhall Session di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, di sini, semalam.
Hadir sama pada program tersebut, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.
Mengulas lanjut, Shadan berkata beliau telah menasihati penganjur untuk mengamalkan 3K iaitu ambil berat isu keselamatan, kebersihan dan kesihatan di kawasan bazar bagi keselesaan pengunjung.
“Kita harapkan penganjur dapat mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...