Banjir: Satu lagi PPS di Jasin dibuka
AYER KEROH 2 Mac- Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di negeri ini sejak jam 1 tengah hari tadi sekali gus merekodkan empat PPS telah dibuka sejak kelmarin.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka bagaimanapun melaporkan setakat ini hanya tiga PPS dibuka manakala PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan diarah tutup pada jam 2 petang tadi.
Dalam kenyataan itu, PPS SK Seri Mendapat yang baharu dibuka hari ini menempatkan 30 mangsa banjir terdiri daripada lima buah keluarga.
Katanya, penambahan itu sekali gus merekodkan, seramai 49 mangsa dilaporkan sejak tengah hari tadi meningkat kepada 78 orang hari ini.
“Menerusi PPS Balai Raya Bukit Tambun yang dibuka kelmarin melaporkan penambahan satu keluarga membabitkan dua individu telah dilaporkan mendaftarkan diri ke pusat ini menggenapkan seramai 10 mangsa menetap di PPS tersebut.
“Bagi PPS tersebut hanya satu sahaja pusat yang beroperasi di daerah Alor Gajah setakat ini bagi melindungi beberapa kampung terjejas membabitkan Kampung Bukit Balai, Bukit Tambun, Gadek, Panchur, Belimbing Dalam dan Kampung Pulau.
“Manakala, PPS SK Seri Mendapat yang dibuka hari ini menjadikan dua PPS dibuka di daerah Jasin dengan PPS SK Chohong masih kekal menempatkan 30 mangsa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
AYER KEROH 2 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi berhubung aspek integriti pegawai dan anggotanya dalam usaha...
KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT TERSEPIT MEJA LIPAT
NIBONG TEBAL 2 Januari - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di...
MD NAZRI DILANTIK PEMANGKU KETUA POLIS MELAKA
AYER KEROH 2 Januari - Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Melaka berkuatkuasa...
SPM 2024: PERATUSAN KEHADIRAN CALON CECAH 97 PERATUS – FADHLINA
PUTRAJAYA 2 Januari - Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini, kata Menteri Pendidikan...