Sorting by

×

25 keluarga eKasih terima bantuan persekolahan

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 1 Mac – Seramai 75 anak sekolah terdiri daripada 25 keluarga yang mendaftar di bawah sistem eKasih menerima set bantuan pakaian lengkap persekolahan, di sini hari ini.

Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Melaka, Megat Azlani Megat Ramli berkata, semua keluarga berkenaan akan menerima bantuan persekolahan menerusi Program Back To School PPN Melaka yang dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Semalaysia (YaPEIM).

Katanya, menerusi program itu, ia sekali gus mampu mengurangkan bebanan ditanggung keluarga berkenaan.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dijalankan saban tahun ini bertujuan untuk memberi fokus kepada isi rumah berdaftar di bawah eKasih untuk membantu mereka khususnya yang berstatus miskin dan miskin tegar di Melaka.

“Kesemua peserta akan menerima bantuan lengkap iaitu baju, seluar, kain, tudung, kasut serta bag beserta wang tunai RM100,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di pekarangan PPN Melaka, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam program diadakan pagi tadi menyaksikan kesemua senarai penerima menerima sumbangan disampaikan sendiri Megat Azlani bersama tetamu terlibat.

Kesemua penerima terdiri dari setiap daerah di negeri ini membabitkan murid sekolah bermula dari peringkat Pra Sekolah sehingga Sekolah Menengak Kebangsaan (SMK) menerima bantuan terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1197
Kongsi :
Previous post Program uKasih ‘gerbang’ miskin tegar jadi usahawan
Next post 13 rumah di Asahan terjejas banjir
Ubah saiz-+=