Sorting by

×

Tiada sekolah daif di Melaka – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Februari – “Tiada sekolah di Negeri Melaka yang boleh dikategorikan sebagai daif setakat ini,” kata Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia MADANI berhubung pengumuman sejumlah RM920 juta bagi membaik pulih sekolah daif di seluruh negara.

Namun Rais amat berharap agar Negeri Melaka menerima peruntukan untuk membaik pulih infrastruktur sekolah yang sudah usang atau rosak.

“Tapi untuk mengatakan kategori sekolah daif itu di Negeri Melaka boleh dikatakan tidak ada, mungkin di negeri lain itu ada. Tetapi seperti saya katakan dahulu, kita di Negeri Melaka berharap akan penambahbaikan infrastruktur sekolah-sekolah yang mungkin sudah usang dan rosak.

“Ini kita harapkan daripada belanjawan, khusus untuk bidang pendidikan negara dapat disalurkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Felcra Education Services Sdn Bhd (FESSB) & Todak Academy bersama YM Mediscience Sdn. Bhd. di Bilik Kolaboratif Melaka International College of Science And Technology (MiCoST), di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST, Datuk Mohamad Azmi Sabtu; Pengurus Besar FESSB, Datuk Hazrinor Hisham Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif TODAK Academy, Mohamad Taufik Rizal Aminuddin.

Mengulas lanjut, Rais mewakili Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang mengutamakan bidang pendidikan.

“Saya yakin dan percaya Perdana Menteri ketika membentangkan belanjawan itu sudah mengambil kira betapa pentingnya bidang pendidikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1749
Kongsi :
Previous post Teruja, hasrat mahu jadi imam tercapai
Next post MoU dua akademi ternama, MiCoST tingkat kebolehpasaran pelajar
Ubah saiz-+=