Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan
GEORGE TOWN, 25 Februari – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihak kementerian telah berbincang dengan penternak ayam dan pengusaha telur berkaitan masalah yang mereka hadapi antaranya kekurangan pekerja asing.
“Pihak kerajaan dengan kerjasama Imigresen, polis dan Kementerian Sumber Manusia akan memudah cara supaya pengusaha terbabit boleh mengambil lebih banyak pekerja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Agrotourism dan Agroyouth di sini hari ini.
Beliau berkata kelonggaran syarat pengambilan pekerja yang dilaksanakan kerajaan antaranya melaksanakan pemutihan terhadap pekerja asing tanpa permit.
Mohamad berkata kenaikan harga makanan ternakan seperti soya dan jagung juga menjadi punca bekalan terjejas.
“Ketika ini, jagung dan soya masih lagi diimport. Buat masa ini, jagung yang ditanam di Malaysia tidak sesuai untuk dibuat makanan ayam namun kita sudah mula menanamnya di Perlis dan tahun ini, kita akan buat secara besar-besaran supaya tidak perlu lagi import… sebagai langkah mengawal harga ayam,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KORIDOR UTILITI MELAKA SELARAS SISTEM UTILITI, INFRASTRUKTUR NEGERI
SERI NEGERI 15 November - Penubuhan Koridor Utiliti Melaka (KUM) dijangka dapat melancarkan proses melibatkan Pelan Pemetaan Pengesanan Bawah Tanah...
JALAN SEHALA ALTERNATIF PENYURAIAN TRAFIK, KURANGKAN KEMALANGAN
DUYONG 18 November - Pelaksanaan laluan sehala di Jalan Permatang Duyong, di sini, antara langkah penyuraian trafik khususnya pada waktu...
WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”
KUALA TERENGGANU 17 November - Seorang wanita mengalami kerugian RM20,900 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam, selepas berkenalan...
BOMBA TERBANGKAN DRON KESAN LELAKI DIKHUATIRI LEMAS
ALOR GAJAH 17 November - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke Sungai...
POLIS RAMPAS 547 KAIN PASANG SELUDUP BERNILAI RM164,100
KOTA BHARU 17 November - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan penyeludupan 547 kain pasang yang mempunyai manik diseludup...
PENGURUS KILANG DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI PENGKALAN
ALOR GAJAH 17 November - Seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, ketika berhenti di...