Menyingkap kisah Kubur Belanda
Oleh: MR. AZLI
BANDA HILIR 25 Februari – Kubur Belanda atau The Dutch Graveyard menjadi antara lokasi bersejarah di Melaka yang terletak di Lorong Gereja, Banda Kaba, Melaka.
Kawasan perkuburan ini digunakan pada penghujung abad-17 yang mana terdapat lima tapak kubur Belanda.
Walaupun diberi nama Kubur Belanda, namun tapak perkuburan itu juga turut menjadi pusara bagi 33 pegawai dan isteri pegawai tentera British.
Difahamkan, tanah perkuburan ini digunakan pada dua peringkat iaitu di antara 1670-1682 dan kemudian di antara 1818-1838.
Apabila British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, mereka pada awalnya menggunakan kawasan Bukit St. Paul sebagai tanah perkuburan mereka dan hanya menggunakan tanah perkuburan di sini bermula tahun 1818.
Orang British pertama yang dikebumikan di sini ialah Kapten John Kidd, iaitu seorang kapten kapal dan orang terakhir yang dikebumikan dikawasan ini ialah seorang isteri pegawai askar British pada tahun 1838.
Kebanyakan kubur British yang terdapat disini terdiri dari kubur-kubur tentera darat dan tentera laut.
Di samping itu terdapat juga beberapa isteri pegawai serta askar British dikebumikan disini.
Kawasan kubur ini telah diwartakan sebagai monumen nasional di bawah Akta Benda Purba 1976.
Tapak perkuburan sejarah ini didirikan oleh Persatuan British bagi perkuburan di Asia Selatan (BACSA) dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.