Sorting by

×

Penunggang motosikal maut ke tempat kerja, pemandu lori ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

ALOR GAJAH 23 Februari – Seorang kakitangan Pos Malaysia maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Masjid Tanah berhampiran sebuah stesen minyak pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.50 pagi itu, Noryazid Mohd Nor, 45 yang bertugas di di pejabat pos Masjid Tanah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia 42 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati mangsa dan pemandu lori berkenaan dalam perjalanan arah yang sama iaitu mangsa dalam perjalanan dari Jalan Alor Gajah menghala ke tempat kerjanya di pejabat pos Masjid Tanah manakala pemandu lori dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah menghala ke Sungai Udang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu lori dipercayai merempuh belakang motosikal ditunggang mangsa mengakibatkan mangsa terjatuh.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh di bawah tayar belakang kanan lori terbabit dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata susulan kejadian itu pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut termasuk menjalani ujian air kencing.

“Saksi awam berhubung kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7626
Kongsi :
Previous post Komuniti perkapalan, logistik salur RM510,000 bantu mangsa gempa Turkiye, Syria
Next post Tentera Darat tumpas sindiket seludup daun ketum
Ubah saiz-+=